Keputusan Pertandingan Bowling Kelab Sahabat Perpustakaan 2010

Pertandingan Bowling Kelab Sahabat Perpustakaan 2010 telah berjalan dengan lancarnya pada hari Selasa yang lepas, bersamaan 30 Mac 2010 di Pusat Bowling Pacific Bowl, BP Mall. Kejohanan yang terbuka hanya untuk ahli-ahli Kelab Sahabat Perpustakaan dan AJK Kecil Informasi dan Komunikasi (Jawatankuasa HROD Perpustakaan) itu telah disertai oleh 24 orang peserta. Ianya adalah satu aktiviti yang berjaya mengeratkan silaturrahim di antara ahli-ahli Kelab Sahabat Perpustakaan dengan AJK Kecil Informasi Dan Komunikasi. Satu penghargaan harus diberikan kepada pihak pengurusan dan juga semua ahli jawatankuasa yang terlibat.


Pada kejohanan tersebut, seramai 6 pasukan telah dibentuk dengan setiap pasukan diwakili oleh 4 orang pemain yang terdiri daripada gabungan ahli Kelab Sahabat dan juga AJK Kecil Informasi Dan Komunikasi. Boleh dikatakan hampir kesemua pasukan menunjukkan permainan menarik pada setiap pusingan. Kejohanan itu telah diadakan dalam format 2 pusingan dan pasukan yang mengumpul jatuhan pin keseluruhan tertinggi bagi kedua-dua pusingan akan dinobatkan sebagai juara.

Pasukan yang menjadi johan dan membawa medal serta hadiah sampingan berupa hamper pada kejohanan yang pertama kali diperkenalkan itu adalah pasukan F yang dibarisi oleh saudara Mohd Noor Hasman, saudara Mohd Saufi, saudara Hanafi dan saudara Suhaimi. Jumlah jatuhan pin keseluruhan adalah 1059 jatuhan pin. Berada di belakang mereka adalah pasukan D yang dibarisi oleh saudara Mohd Firdaus, saudari Norfauzan, saudari Nur Afizah dan saudari Siti Khadijah dengan pungutan sebanyak 710 jatuhan pin. Manakala di tempat ketiga pula adalah pasukan A yang dibarisi oleh saudara Shahrul Md. Rizal, saudari Azila, saudari Nur Shahida dan saudari Lim Chea Yeen dengan pungutan sebanyak 700 jatuhan pin. Manakala bagi pungutan jatuhan pin terbanyak telah dimenangi oleh saudara Hanafi dengan jatuhan pin sebanyak 357.


Kejohanan itu tamat agak lewat sedikit iaitu pada pukul 11.30 malam namun ianya adalah satu acara yang agak meriah buat semua yang terlibat. Diharap akan ada lagi aktiviti-aktiviti seperti ini kelak. Tahniah diucapkan kepada Pasukan F yang telah menjadi juara. Kepada pasukan lain yang tidak berjaya, diharap boleh mencuba lagi pada kejohanan akan datang.


~HK~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

0 comments: