Keputusan Pertandingan Bowling Kelab Sahabat Perpustakaan 2010

Pertandingan Bowling Kelab Sahabat Perpustakaan 2010 telah berjalan dengan lancarnya pada hari Selasa yang lepas, bersamaan 30 Mac 2010 di Pusat Bowling Pacific Bowl, BP Mall. Kejohanan yang terbuka hanya untuk ahli-ahli Kelab Sahabat Perpustakaan dan AJK Kecil Informasi dan Komunikasi (Jawatankuasa HROD Perpustakaan) itu telah disertai oleh 24 orang peserta. Ianya adalah satu aktiviti yang berjaya mengeratkan silaturrahim di antara ahli-ahli Kelab Sahabat Perpustakaan dengan AJK Kecil Informasi Dan Komunikasi. Satu penghargaan harus diberikan kepada pihak pengurusan dan juga semua ahli jawatankuasa yang terlibat.


Pada kejohanan tersebut, seramai 6 pasukan telah dibentuk dengan setiap pasukan diwakili oleh 4 orang pemain yang terdiri daripada gabungan ahli Kelab Sahabat dan juga AJK Kecil Informasi Dan Komunikasi. Boleh dikatakan hampir kesemua pasukan menunjukkan permainan menarik pada setiap pusingan. Kejohanan itu telah diadakan dalam format 2 pusingan dan pasukan yang mengumpul jatuhan pin keseluruhan tertinggi bagi kedua-dua pusingan akan dinobatkan sebagai juara.

Pasukan yang menjadi johan dan membawa medal serta hadiah sampingan berupa hamper pada kejohanan yang pertama kali diperkenalkan itu adalah pasukan F yang dibarisi oleh saudara Mohd Noor Hasman, saudara Mohd Saufi, saudara Hanafi dan saudara Suhaimi. Jumlah jatuhan pin keseluruhan adalah 1059 jatuhan pin. Berada di belakang mereka adalah pasukan D yang dibarisi oleh saudara Mohd Firdaus, saudari Norfauzan, saudari Nur Afizah dan saudari Siti Khadijah dengan pungutan sebanyak 710 jatuhan pin. Manakala di tempat ketiga pula adalah pasukan A yang dibarisi oleh saudara Shahrul Md. Rizal, saudari Azila, saudari Nur Shahida dan saudari Lim Chea Yeen dengan pungutan sebanyak 700 jatuhan pin. Manakala bagi pungutan jatuhan pin terbanyak telah dimenangi oleh saudara Hanafi dengan jatuhan pin sebanyak 357.


Kejohanan itu tamat agak lewat sedikit iaitu pada pukul 11.30 malam namun ianya adalah satu acara yang agak meriah buat semua yang terlibat. Diharap akan ada lagi aktiviti-aktiviti seperti ini kelak. Tahniah diucapkan kepada Pasukan F yang telah menjadi juara. Kepada pasukan lain yang tidak berjaya, diharap boleh mencuba lagi pada kejohanan akan datang.


~HK~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

PERTANDINGAN BOWLING KELAB SAHABAT 2010

Adalah dimaklumkan bahawa Kelab Sahabat Perpustakaan UTHM akan menganjurkan Pertandingan Bowling seperti dibawah:

Acara : Pertandingan Bowling Kelab Sahabat Perpustakaan UTHM
Masa : 08.30 mlm
Tempat : Pusat Bowling Pacific Bowl

Oleh itu, semua pasukan diminta bersiap sedia dengan pengalaman dan kemahiran masing-masing bagi menjayakan pertandingan yang akan berlangsung malam nanti.

Selamat bertanding..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Selamat Datang Sahabat Baru Sesi 2010

Perpustakaan UTHM mengalu-alukan kedatangan Sahabat Perpustakaan baru bagi Sesi 2010 iaitu:

a) Cik Farhana binti Mhd Yusof
b) Cik Latifah binti Mamat
c) Cik Lim Chea Yeen
d) Cik Ros Azlinda Sazreen binti Abd. Aziz

Semoga kerjasama yang diberikan memberi manfaat kepada semua Sahabat. Tahniah kami diucapkan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak


Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna

Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu

Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan

Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah…
Dengan rahmatMu oh Tuhanku…
Ku tempuh jua


(Petikan daripada: myagenda.wordpress.com/2008/08/30/)



Salam Ramadhan buat semua Sahabat Perpustakaan UTHM.

Semoga Ramadhan kali ini membawa seribu satu rahmat dan hidayat buat kita semua.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Sijil Penghargaan

Makluman

Kepada Sahabat Perpustakaan yang menghadiri Kursus Peningkatan Kemahiran Maklumat bulan lalu, sila dapatkan sijil penyertaan anda terus melalui Pn. Azila Ahmad.

Sila maklumkan kepada rakan-rakan sahabat yang menghadiri kursus tersebut.

Sekian, terima kasih.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Latihan Pangkalan Data PROQUEST di Tangguhkan

PERHATIAN!!!
Adalah dimaklumkan bahawa Latihan Pangkalan Data Proquest akan di tangguhkan pada suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak. Oleh itu, ahli Kelab Sahabat yang berminat boleh memberi nama kepada Pn. Azila (azila@uthm.edu.my) atau Pn. Haslini (haslini@uthm.edu.my) .

Sekian

Moderator
-MSR-

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Semoga Berjaya dalam Peperiksaan


Co-Moderator
~MuHAG~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments