Showing posts with label Penasihat. Show all posts
Showing posts with label Penasihat. Show all posts

Sijil Penghargaan

Makluman

Kepada Sahabat Perpustakaan yang menghadiri Kursus Peningkatan Kemahiran Maklumat bulan lalu, sila dapatkan sijil penyertaan anda terus melalui Pn. Azila Ahmad.

Sila maklumkan kepada rakan-rakan sahabat yang menghadiri kursus tersebut.

Sekian, terima kasih.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Latihan Pangkalan Data PROQUEST


Adalah dimaklumkan bahawa, Perpustakaan UTHM akan mengadakan satu sesi latihan pangkalan data seperti berikut:

Perkara: Latihan Pangkalan Data PROQUEST
Penceramah: Nicola Giles (Proquest Australia)
Masa : 2.30 ptg
Tempat : Makmal PTM 1 (sebarang perubahan tempat akan dimaklumkan)
Peserta: 20 Orang sahaja (terbuka kepada ahli kelab sahabat yang berminat)

http://www.proquest.co.uk/en-UK/

Oleh itu, ahli Kelab Sahabat yang berminat bolehlah memberi nama kepada Pn. Azila. Sukacita sekiranya tuan/puan dapat memberi kerjasama dan ribuan terima kasih.

Sekian


Moderator
-MSR-

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Kursus Peningkatan Kemahiran Perpustakaan Sahabat Perpustakaan

TENTATIF PROGRAM

Tarikh : 14 Mac 2009
Masa :8.30 pg. - 5.00 ptg
Tempat : Makmal Komputer Pusat Pengajian Siswazah 2

8.30 pagi - Pendaftaran Peserta

8.45 pagi - Ucapan Aluan Pengerusi Majlis

9.00 pagi - Sarapan.

9.30 - 10.30 pagi - Sesi 1 (Kemudahan dan Perkhidmatan)
Oleh: Pn. Khairunnisa

10.30 pagi - 11.30 pagi - Sesi 2 (Aplikasi WebOPAC dan Akaun Pengguna)
Oleh: En. Naser

11.30 pagi - 12.30 tengahari - Sesi 3 (WebDOC)
Oleh: Pn. Sabarina

12.30 tengahari - Makan Tengahari.

1.00 petang - Rehat.

2.00 - 4.00 petang - Sesi 4 (Pangkalan Data Atas Talian)
Oleh: Pn. Norhaslini

4.00 - 5.00 petang - Sesi 5 (e-Buku)
Oleh: Pn. Norhaslini

5.00 petang - Jamuan Ringan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Lawatan Integrasi Sahabat Perpustakaan ke UPSI


Pada 17 Januari 2009 telah diadakan lawatan deligasi sahabat perpustakaan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia ke Kelab Sahabat Pustaka Universiti Pendidikan Sultan Idris di Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim Perak. Seramai 9 orang wakil dari Sahabat Perpustakaan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia mewakili Sahabat Perpustakaan UTHM ke Universiti Pendidikan Sultan Idris. Kumpulan ini diketuai oleh Mohd Hafizullah bin Mohamd Shapee. Kami bertolak ke Tanjung Malim menaiki sebuah van pada jam 8.00 pagi. Kami berhenti rehat di Air Hitam bersarapan pada jam 8.20 pagi. Kami bertolak semula pada jam 9 pagi menuju terus ke Tanjumng Malim.


Kami tiba di Bandar Tanjung Malim pada jam 1.00 tengah hari. Kami berhenti makan tengah hari dan bersolat di Masjid Jamek Tanjung Malim sebelum memasuki Universiti Pendidikan Sultan Idris. Pada jam 2.00 petang, kami tiba di hadapan Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Kami disambut oleh 2 orang wakil kelab sahabat pustaka Universiti Pendidikan Sultan Idris. Kami dibawa berjumpa dengan penyelaras Kelab Sahabat Pustaka UPSI, Puan Azura bt Adnan. Kami dibawa ke terus ke bilik mesyuarat Perpustakaan Tuanku Bainun. Kami diberi taklimat oleh Puan Azura bt Adnan mengenai serba sedikit mengenai Universiti Pendidikan Sultan Idris secara amnya dan mengenai Perpustakaan Tuanku Bainun secara khususnya sementara menunggu ketibaan pengerusi Kelab Sahabat Pustaka Universiti Pendidikan Sultan Idris.


Majlis perbincangan antara sahabat perpustakaan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia dengan Kelab Sahabat Pustaka Universiti Pendidikan Sultan Idris dinamakan sebagai Program Simbiosis Kasih Kelab Sahabat Pustaka Universiti Pendidikan Sultan Idris bersama sahabat perpustakaan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh saudara Mohd Fadzil bin Mat Zain, Naib Presiden Kelab Sahabat Perpustakaan Tuanku Bainun. Majlis diteruskan lagi dengan ucapan alu-aluan oleh pengerusi Kelab Sahabat Pustaka UPSI, Saudara Baharuddin Bin Arshad. Selepas itu, majlis diteruskan dengan ucapan dari wakil UTHM iaitu Saudara Mohd Hafizullah Bin Mohamd Shapee. Seterusnya Penyelaras Kelab Sahabat Pustaka UPSI, Puan Azura Bt Adnan memberi penerangan mengenai sistem yang terdapat di dalam Perpustakaan Tuanku Bainun. Selain itu, beliau juga menerangkan mengenai Kelab Sahabat Pustaka UPSI.


Penerangan yang diberi banyak memberi input kepada kami Sahabat Perpustakaan UTHM sama ada mengenai pengurusan dan program yang dijalankan. Selepas itu, Saudara Mohd Hafizullah Bin Mohamad Shapee memberi sedikit penerangan mengenai Sahabat Perpustakaan UTHM . Selesai beri penerangan, pihak Sahabat Perpustakaan UTHM dan Kelab Sahabat Pustaka UPSI menayangkan montaj mengenai kelab masing-masing. Majlis diteruskan dengan jamuan makan sambil bertukar-tukar pendapat antara kedua-dua belah pihak. Banyak yang dibincangkan pada sesi ini. Menjadi tumpuan oleh pihak Pengurusan Perpustakaan Tuanku Bainun ialah agenda penyusunan buku yang menjadi masalah yang sangat kritikal di sana. Mereka juga meminta pendapat bagaimana hendak mengatasi masalah tersebut dan langkah-langkah untuk mengatasinya.


Selain itu, kami membincangkan mengenai fokus Sahabat Perpustakaan yang sebenar yang diibarat sebagai duta kepada perpustakaan. Selain itu, banyak program-program yang menjadi perhatian oleh kedua-dua pihak. Kedua-dua belah pihak besetuju bahawa program yang berbentuk kemasyarakatan banyak membantu mempromosikan Sahabat Perpustakaan kepada masyarakat. Majlis diteruskan dengan lawatan sekitar Perpustakaan Tuanku Bainun dan sesi bergambar. Akhir sekali ialah sayonara Universiti Pendidikan Sultan Idris. Kami bertolak dari Universiti Pendidikan Sultan Idris pada jam 05.30 petang dan tiba di Kolej Kediaman Perwira pada jam 10.00 malam.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

PERUTUSAN 2009




Assalamualaikum w.b.t

Sempena tahun baru 2009 ini, saya ingin mengucapkan ribuaan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua ahli sahabat perpustakaan sama ada secara langsung atau tidak langsung menjayakan semua program sepanjang tahun 2008.

Dengan azam dan tekad yang baru menjelang 2020.. marilah kita bersama-sama menongkah arus dan bersedia menerima apa jua cabaran yang mendatang dengan hati yang tabah dan bersatu hati sebagai satu pasukan. Oleh yang demikian, kita haruslah membulatkan tekad dan azam supaya apa yang diingin pada tahun 2009 ini tercapai.

Saya mewakili semua rakan-rakan pegawai perpustakaan mengucapkan syabas dan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua sahabat yang telah menabur budi bagi menjayakan program yang telah dianjurkan oleh perpustakaan UTHM.

sekian,

~MSR~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Pengumuman Penting !!

Assalamualaikum..w.b.t

Adalah dimaklumkan bahawa Blog Sahabat Perpustakaan hanya digunakan bagi menyampaikan informasi berkaitan dengan aktiviti sahabat sahaja. Sebarang petikan, agenda, makluman, isu hangat atau mana-mana yang melanggar ""Akta 605", "AUKU" atau "Akta Kerajaan" adalah dilarang sama sekali. Peringatan ini telah dimaklumkan oleh Ketua Pustakawan UTHM dan perlu diambil maklum.

Oleh yang demikian, fokus blog ini hanya melibatkan aktiviti dan informasi Sahabat Perpustakaan Sahaja.

Sekian, terima kasih

-MSR-

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Laman Blog Rasmi Sahabat Perpustakaan

Assalamualaikum..w.b.t

Alhamdullilah..dengan izin-Nya dapat saya menyiapkan blog rasmi sahabat perpustakaan UTHM buat julung-julung kalinya.

Wujudnya blog sahabat ini adalah sebagai wadah untuk kita bersama-sama berkongsi maklumat dan aktiviti promosi yang akan dihebahkan melaluinya. Diharap semua sahabat perpustakaan dapat membantu memberi maklumat atau apa-apa hebahan melalui blog ini.

Sekiranya terdapat sebarang ulasan atau cadangan berkaitan dengan apa jua maklumat yang dipaparkan pada blog ini sila kemukakan dibahagian "comments".

Sekian, terima kasih

-Moderator MSR-

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Selamat Aidilfitri


Di kesempatan ini, pihak perpustakaan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua Sahabat Perpustakaan UTHM. Di harap aidilfitri yang bakal menjelang akan menjadi lebih ceria.

-Moderator MSR-

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments