Lawatan Integrasi Sahabat Perpustakaan ke UPSI


Pada 17 Januari 2009 telah diadakan lawatan deligasi sahabat perpustakaan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia ke Kelab Sahabat Pustaka Universiti Pendidikan Sultan Idris di Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim Perak. Seramai 9 orang wakil dari Sahabat Perpustakaan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia mewakili Sahabat Perpustakaan UTHM ke Universiti Pendidikan Sultan Idris. Kumpulan ini diketuai oleh Mohd Hafizullah bin Mohamd Shapee. Kami bertolak ke Tanjung Malim menaiki sebuah van pada jam 8.00 pagi. Kami berhenti rehat di Air Hitam bersarapan pada jam 8.20 pagi. Kami bertolak semula pada jam 9 pagi menuju terus ke Tanjumng Malim.


Kami tiba di Bandar Tanjung Malim pada jam 1.00 tengah hari. Kami berhenti makan tengah hari dan bersolat di Masjid Jamek Tanjung Malim sebelum memasuki Universiti Pendidikan Sultan Idris. Pada jam 2.00 petang, kami tiba di hadapan Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Kami disambut oleh 2 orang wakil kelab sahabat pustaka Universiti Pendidikan Sultan Idris. Kami dibawa berjumpa dengan penyelaras Kelab Sahabat Pustaka UPSI, Puan Azura bt Adnan. Kami dibawa ke terus ke bilik mesyuarat Perpustakaan Tuanku Bainun. Kami diberi taklimat oleh Puan Azura bt Adnan mengenai serba sedikit mengenai Universiti Pendidikan Sultan Idris secara amnya dan mengenai Perpustakaan Tuanku Bainun secara khususnya sementara menunggu ketibaan pengerusi Kelab Sahabat Pustaka Universiti Pendidikan Sultan Idris.


Majlis perbincangan antara sahabat perpustakaan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia dengan Kelab Sahabat Pustaka Universiti Pendidikan Sultan Idris dinamakan sebagai Program Simbiosis Kasih Kelab Sahabat Pustaka Universiti Pendidikan Sultan Idris bersama sahabat perpustakaan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh saudara Mohd Fadzil bin Mat Zain, Naib Presiden Kelab Sahabat Perpustakaan Tuanku Bainun. Majlis diteruskan lagi dengan ucapan alu-aluan oleh pengerusi Kelab Sahabat Pustaka UPSI, Saudara Baharuddin Bin Arshad. Selepas itu, majlis diteruskan dengan ucapan dari wakil UTHM iaitu Saudara Mohd Hafizullah Bin Mohamd Shapee. Seterusnya Penyelaras Kelab Sahabat Pustaka UPSI, Puan Azura Bt Adnan memberi penerangan mengenai sistem yang terdapat di dalam Perpustakaan Tuanku Bainun. Selain itu, beliau juga menerangkan mengenai Kelab Sahabat Pustaka UPSI.


Penerangan yang diberi banyak memberi input kepada kami Sahabat Perpustakaan UTHM sama ada mengenai pengurusan dan program yang dijalankan. Selepas itu, Saudara Mohd Hafizullah Bin Mohamad Shapee memberi sedikit penerangan mengenai Sahabat Perpustakaan UTHM . Selesai beri penerangan, pihak Sahabat Perpustakaan UTHM dan Kelab Sahabat Pustaka UPSI menayangkan montaj mengenai kelab masing-masing. Majlis diteruskan dengan jamuan makan sambil bertukar-tukar pendapat antara kedua-dua belah pihak. Banyak yang dibincangkan pada sesi ini. Menjadi tumpuan oleh pihak Pengurusan Perpustakaan Tuanku Bainun ialah agenda penyusunan buku yang menjadi masalah yang sangat kritikal di sana. Mereka juga meminta pendapat bagaimana hendak mengatasi masalah tersebut dan langkah-langkah untuk mengatasinya.


Selain itu, kami membincangkan mengenai fokus Sahabat Perpustakaan yang sebenar yang diibarat sebagai duta kepada perpustakaan. Selain itu, banyak program-program yang menjadi perhatian oleh kedua-dua pihak. Kedua-dua belah pihak besetuju bahawa program yang berbentuk kemasyarakatan banyak membantu mempromosikan Sahabat Perpustakaan kepada masyarakat. Majlis diteruskan dengan lawatan sekitar Perpustakaan Tuanku Bainun dan sesi bergambar. Akhir sekali ialah sayonara Universiti Pendidikan Sultan Idris. Kami bertolak dari Universiti Pendidikan Sultan Idris pada jam 05.30 petang dan tiba di Kolej Kediaman Perwira pada jam 10.00 malam.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments