PERUTUSAN 2009




Assalamualaikum w.b.t

Sempena tahun baru 2009 ini, saya ingin mengucapkan ribuaan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua ahli sahabat perpustakaan sama ada secara langsung atau tidak langsung menjayakan semua program sepanjang tahun 2008.

Dengan azam dan tekad yang baru menjelang 2020.. marilah kita bersama-sama menongkah arus dan bersedia menerima apa jua cabaran yang mendatang dengan hati yang tabah dan bersatu hati sebagai satu pasukan. Oleh yang demikian, kita haruslah membulatkan tekad dan azam supaya apa yang diingin pada tahun 2009 ini tercapai.

Saya mewakili semua rakan-rakan pegawai perpustakaan mengucapkan syabas dan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua sahabat yang telah menabur budi bagi menjayakan program yang telah dianjurkan oleh perpustakaan UTHM.

sekian,

~MSR~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Pengumuman Penting !!

Assalamualaikum..w.b.t

Adalah dimaklumkan bahawa Blog Sahabat Perpustakaan hanya digunakan bagi menyampaikan informasi berkaitan dengan aktiviti sahabat sahaja. Sebarang petikan, agenda, makluman, isu hangat atau mana-mana yang melanggar ""Akta 605", "AUKU" atau "Akta Kerajaan" adalah dilarang sama sekali. Peringatan ini telah dimaklumkan oleh Ketua Pustakawan UTHM dan perlu diambil maklum.

Oleh yang demikian, fokus blog ini hanya melibatkan aktiviti dan informasi Sahabat Perpustakaan Sahaja.

Sekian, terima kasih

-MSR-

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Kelas Teknologi Maklumat & Sasaran Kerja Tahunan

Assalamualaikum wbt.

Perhatian kepada semua ahli sahabat perpustakaan UTHM pada 21 November 2008 bersamaan hari Jumaat ini akan diadakan kelas teknologi maklumat dan Sasaran Kerja Tahunan (SKT). Butiran adalah seperti berikut :-

Tarikh : 21 Nov 2008
Masa : 8.30 pagi -11.30 tgh
Tempat : Bilik Gerakan Sahabat
(Sebelah bilik Mesyuarat Perpustakaan)

Co-Moderator
~MuHAG~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Laman Blog Rasmi Sahabat Perpustakaan

Assalamualaikum..w.b.t

Alhamdullilah..dengan izin-Nya dapat saya menyiapkan blog rasmi sahabat perpustakaan UTHM buat julung-julung kalinya.

Wujudnya blog sahabat ini adalah sebagai wadah untuk kita bersama-sama berkongsi maklumat dan aktiviti promosi yang akan dihebahkan melaluinya. Diharap semua sahabat perpustakaan dapat membantu memberi maklumat atau apa-apa hebahan melalui blog ini.

Sekiranya terdapat sebarang ulasan atau cadangan berkaitan dengan apa jua maklumat yang dipaparkan pada blog ini sila kemukakan dibahagian "comments".

Sekian, terima kasih

-Moderator MSR-

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Selamat Aidilfitri


Di kesempatan ini, pihak perpustakaan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua Sahabat Perpustakaan UTHM. Di harap aidilfitri yang bakal menjelang akan menjadi lebih ceria.

-Moderator MSR-

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments